wHaTagirLwanT ?

Home

Resume eJ
Smile
Gambo-gambo eJ
Lirik Lagu Best
Muhasabah Diri
HasiL Karya eJ
Related Links
Contact Me
Cerita Pengajaran
Subject: 3 Soalan & 3 Jawapan
Teka-teki
Muhasabah Diri

Belajar melalui kesilapan. Semoga keinsafan ini milik kita bersama

=>Doa Mohon Ampun Kepada Tuhan
"Allaahum maghfir lii khatii`atii wa jahlii wa israafi amrii wa maa anta a`lamu bihi minnii"
Ya Allah! Ampunilah dosaku dan kebodohanku, pekerjaanku yang melewati batas, dan hal-hal yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.

=>Doa Untuk Kedua Orang Tua
"Rabbirham humaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"
Wahai Tuhanku berilah rahmat kepada orang tuaku sebaigamana mereka telah mengasuhku sejak kecil (kanak-kanak).

HARI KIAMAT

1.Hari Kiamat
2.Apakah Hari Kiamat Itu?
3.Tahukan kamu apakah Hari Kiamat itu?
4.(Iaitu) Hari (yang ketika itu) manusia seperti anai-anai yang bertebaran.
5.Dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan
6.Dan akan halnya orang yang berat timbangan (amal kebaikan)nya
7.Maka ia berada dalam kehidupan yang menyenangkan
8.Dan akan halnya orang yang ringan timbangan(amal kebaikan)nya
9.Maka tempat kembalinya adalah(neraka) Hawiyah
10.Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hawiyah itu?
11.(Iaitu) api yang sangat panas.
---[terjemahan surah AL-QARI`AH]---

Motivasi Diri

Kemenangan Paling Besar Ialah Peperangan Melawan Hawa Nafsu Kerana Mentaati Perintah Allah. (eJnaga 2/8/99)

Petikan buku Rahmat Disebalik Dugaan oleh Kasmuri Selamat MA

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya."

1/7/2001

Perlu diingat, ujian dan cubaan tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan sahaja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan , kemewahan dan sebagainya.

Ulama salaf berkata; ada 3 perkara yang dengannya Allah akan menguji ketinggian akal manusia, iaitu:
1. dengan harta yang melimpah ruah
2. dengan diturunkannya musibah
3. dengan pangkat dan kuasa